Saturday 25 February 2012

Keja..keja...



Hari ni hari ke 3 aku start keja..syok larh gak keja sana cuma aku blum dpt sesuaikan diri d sana..oleh kerana aku ni casher aku t'paksa lah d suru pakai make up..even aku paling x suka pakai make up..then d suru hafal menu2 n harga2nya skali..wah..pening aku..kena hafal tempat ais d mana..wah..gila aku..nasib org sana baik2..dorg ajar aku..even aku ni bongok2 sikit..llaki2 sana2. handsome..hahahahaha..tp..aku tak miang..cuz aku tahu tujuan aku kat sana tuk cari pengalaman..tp..llaki2 sana semua baik2 lbih2 lagi zul..dia ajar aku mcm mana nak jadi casher yg t'bek..sambil tu dia bagi aku kata2 semangat ..begitu gak yg len..kami d sana dah mcm 1 family...cuma 1 kaka tu..dia ada sombong sikit..senyum pun tak..entah lah..mayb dia mmg mcm tu..so kena sabar..hehehehe...apa2 pun.. Customer kat KFC mmg macam2 ragam..ada yg bagus n ada yg cerewet...ingat senang ka keja d kfc?..bnyk taw maw d buat..jgn ingat kami d sana cuma keja senyum n ambil oder..ada lagi keja kami kat dalam...so customer tu kena larh b'timbang rasa sikit..baru larh adil right?..

Saturday 18 February 2012

I miss you my best friend ..





Tiba-tiba aku rindu dgn kwn2 aku malam ni..rindu time zaman skola dulu2..bila aku tegok balik video yang kami rakam dulu waktu tegah boring..senyum sendiri aku..ketawa sendiri..sekarang now dah buat hal masing2..aku online pun dorg tak online..kadang2 aku buka wall facebook kawan-kawan aku tapi..dorang dah jarang update status d facebook..maybe zaman spm adalah zaman terakhir persahabatan yang rapat terjalin..ya tuhan rindu gila aku zaman tu..rasa nak ulang jax masa tu..masih ingat lagi time class Mathematics kami kena suruh b'diri atas kerusi sampai pulang..d sebabkan gaya kami yang aktif d dalam class..malunya time tu..tapi..kami tetap juga seronok main2...sampai d gelar "Peronieka and the geng" ..ahahaha..stiap pagi dtg pagi tu lah gelaran yg akn kami dengar dari kwn2 class..tapi..kami tak kisah..tetap gemar dgn panggilan tu..dah tu..cikgu suru salin nota Mathematics..kami bkn salin nota tu tapi sibuk tulis pasal cikgu tu d belakang buku math tu..nasib time hantar nota tu cikgu tak periksa setiap helaian buku tu...kalau tak..mampus kami..hehehe..ni lah kami walaupun dah spm masih tak taubat2..tapi..akhirnya air mata k'nakalan kami keluar juga waktu majlis restu..sedih gila..walaupun kami ni nakal...hehehe..apa2 pun zaman perskolahan lah zaman yang paling indah buat aku..cuz zaman tu lah buat sebuah persahabatan terjalin. i miss my friend.."IKA and Pona"

Tuesday 7 February 2012

Ketahui Rahsia Wanita Dari Cara Berjalan..



Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
-Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur,
kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan
seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau
suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu
masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
-Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita
seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai
lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
-Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan
berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang
berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat
kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki
yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
-Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih
pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.


Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
-Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu
sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah
ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya
sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak..
-Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh
orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
-Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya
agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

10 Jenis Lelaki Yang WAJIB Dijauhi Oleh Wanita


1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk
menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun
lamanya.Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada
dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan
mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda
memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya
anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati \
lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu.
Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis
ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.

5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda
adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering
dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal
yang kecil juga diperbesarkan.

6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham
kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak
mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu
mengambil mudah sesuatu perkara.

7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa
kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika
hidup bersamanya nanti.

8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk,
lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan
malam.

9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang
diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya
supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki
jenis ini?

10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri
kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki
seperti ini nanti?

Tanda-tanda si dia sedang jatuh cinta..


1. Si dia selalu call/sms anda..
-tak kira pagi atau malam si dia selalu menghubungi anda.Sebab bagi dia andalah orang pertama
bermain dalam fikiran dia apabila sudah jatuh hati.malah inbox di telefon anda di penuhi
dengan nama si dia...

2. Dia ingin mengetahui semuanya tentang anda..
-setiap saat dia akan menanyakan apa yang anda sedang buat?,dengan siapa?.apa warna
kegemaran anda?,tarikh lahir anda?,dan banyaklah lagi soalan sebab dia ingin mengenali anda
lebih dekat.

3. Si dia kini mula gemar melaporkan diri.
-setiap apa yg dia lakukan pasti dia akan memberitahu anda. di mana dia berada serta dgn
dgn siapa.kalau boleh setiap saat dia pasti akan melapor diri kepada anda.kerana dia
ingin berkongsing k'gembiraan dan kesedihanya.jangan terkejut andalah orang pertama dia akan
telefon apabila dia mendapat kabar gembira atau sebaliknya tak kira siang atau malam2 buta.

4. Masanya hanya untuk anda.
-Cakap saja bila, di mana.. dia pasti ada untuk anda. Jika anda perlukan dia.. dia sanggup
tinggalkan kerjanya dan terus bergegas menemui anda..

5. Si dia tidak lagi perlukan hiburan.
-Tak perlu menonton cerita lawak dan sebagainya utk ketawa.. Hanya dgn membaca sms anda.. dia
mampu tersenyum lebar.. dan ketawa hingga tak keruan jadinya.. Anda penyebab dia di gelar
'gila'..

6. Kesalahan anda mudah untuk dimaafkan.
-Kalau anda terlupa janji anda.. datang lewat utk temu janji.. ada buat salah dan
sebagainya.. dia akan jawab 'Tak apa'.. erm.. bg dia.. sudah cukup gembira anda sudi berada
di sisinya.. Huish.. mmg tangkap cintan la ni.

7. Dia menjemput kamu makan malam di rumah keluarganya.
-Jaga-jaga.. dia benar-benar telah jatuh cinta.. dia tidak akan melepaskan anda!