1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk
menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya bertahun-tahun
lamanya.Ini bermakna bahawa anda bukan orang yang diinginkannya. Mungkin anda juga tiada
dalam kamus hidupnya.
2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki jenis ini akan
mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi apabila anda
memerlukannya dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelak.
3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tetapi mesra. Ke mana saja hanya
anda berdua. Ibarat merpati dua sejoli pada pandangan orang lain. Malangnya, dalam hati \
lelaki itu tidak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang kosong itu.
Jangan buang masa anda dengan lelaki seperti ini.
4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih hati tetapi tetap mahukan anda. Selalunya lelaki jenis
ini mempunyai ramai teman wanita dan hanya mahu memenuhi nafsunya.
5. Lelaki yang hanya memandang dirinya saja yang betul. Pandangan dan apa yang dibuat anda
adalah salah. Selalunya ketika menjalinkan hubungan dengan lelaki jenis ini anda sering
dimarahi atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal. kadang kala hal
yang kecil juga diperbesarkan.
6. Lelaki yang naif dan mementingkan diri sendiri. Selalunya lelaki jenis ini tidak akan faham
kehendak wanita. Walaupun anda sudah berterus terang mengenai sesuatu, dia tetap tidak
mengendahkannya. Lelaki jenis ini sering menganggap semua perkara adalah remeh dan selalu
mengambil mudah sesuatu perkara.
7. Lelaki yang tidak tahu kehendak dirinya sendiri. Jika lelaki jenis ini tidak mengetahui apa
kehendak dirinya sendiri, cuba anda bayangkan bagaimana dia hendak memahami masalah anda jika
hidup bersamanya nanti.
8. Lelaki yang tetap akan mengganggu anda. Walaupun sudah diberitahu yang anda terlalu sibuk,
lelaki ini tidak mempedulikannya. Lelaki jenis ini selalunya hanya ingin berkepit siang dan
malam.
9. Lelaki yang suka memburukkan lelaki lain dengan harapan anda akan menjauhi lelaki yang
diburukkannya itu. Lelaki jenis ini selalunya kuat cemburu dan akan cuba sedaya upayanya
supaya anda tidak akan berhubung dengan lelaki lain. Relakah anda dikongkong oleh lelaki
jenis ini?
10. Lelaki yang tidak dapat memberikan layanan yang betul kepada wanita. Anda tidak nampak ciri
kepemimpinan pada lelaki jenis ini. Bagaimana anda mahu sandarkan segala harapan pada lelaki
seperti ini nanti?
No comments:
Post a Comment