Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
-Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur,
kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan
seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau
suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu
masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.
Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
-Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita
seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai
lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
Jika berjalan suka menunduk
-Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan
berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang
dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang
berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat
kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki
yang dicintainya.
Jika berjalan menatap lurus ke depan
-Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan
imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu
mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih
pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
-Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu
sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah
ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya
sendiri.
Jika berjalan badan tampak tegak..
-Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh
orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
Jika berjalan seperti zirafah
-Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang.
Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya
agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
No comments:
Post a Comment